Saturday, March 5, 2011

pengorbanan

perlukah berkorban dalam percintaan ? adakah anda rasa korban itu penting ?
jika kita berkorban, x salah pon tp biarlah ada batasnya. cerita ini adalah kisah benar dan bukanlah rekaan semata-mata. jadikanlah ia sebagai pengajaran.

bermulanya pertemuan siti dan epul di suatu tempat dimana mereka bekerja bersama-sama. siti mengikut kawannya bekerja d situ. manakala epul pula sudah lama bekerja di situ. perkenalan mereka bermula sejak siti bekerja d tingkat yang sama dgn epul. mereka mula bertukar number dan slalu SMS . epul juga slalu menolong siti ketika siti sedang sibuk melayan pelanggan . lalu mereka pon semakin rapat dan selalu bersama walau ke mana pon .

suatu hari , mereka klua bersama-sama . ketika siti sedang makan , epul melamar siti untuk menjadikannya teman wanita epul . lalu siti pun menerimanya dgn hati yg terbuka . mereka menjadi pasangan yg sgt bahagia dan kebahagiaan mereka yang di sangka akan kekal hanyalah sementra sahaja apabila hbgan di landa krisis yang tdk dpt d terima oleh siti.

epul ada org laen ? apakah mkna semua ini ? mengapa siti d jadikan sbgai teman wanitanya walaupun dia sudah ada org lain ? tidak bhgiakah dia ? mereka sering bergaduh . akhirnya , epul mengakui kepada siti bahwa benar dia ada kekasih lain TETAPI dia tidak bahagia dengan perempuan itu . gadis yg dia sayang adalah siti . siti menyangkakan , dia adalah mangsa keadaan . walaupun siti terkejut dan terasa sgt sakit hati namun , dia menerimanya dgn tenang kerana dia tahu kesabaran yang ada mampu menangani mslh tersebut .

siti sentiasa menunjukkan wajah yg ceria walupun hakikatnya dia terpaksa menanggung derita dan kesakitan yang di alami . kekasihnya telah menduakan cintanya . SITI TETAP BERTEGAS UTK MEMPERTAHANKAN CINTANYA . smpai suatu masa , akibat tidak tertahan menahan kesakitan itu , dia terpaksa membuat keputusan utk melepaskan epul . walaupun epul tidak setuju dgn keputusan siti , tp dia terpaksa akur . akhirnya epul juga melepaskan siti .

sekian lama siti mendiamkan diri , tiba-tiba siti menerima panggilan drpd epul . epul menangis dan merayu kpd siti . dia sedih akan kelakuan tmn wnitanya yang telah berubah . tidak sanggup siti meninggalkan epul keseorangan dln keadaan bersedih . siti pun menemani dan memujuk epul supaya sentiasa kuat . lihatlah betapa baiknya hati siti utk menolong epul walaupun hatinya pernah terluka kerana bekas kekasihnya itu .

siti sentiasa berada d sisi epul . kemana shja epul pergi , siti akan ikut . sehinggalah suatu hari , epul melamarnya kembali utk menjadi kekasihnya semula . berkali-kali siti pertimbangkannya , akhirnya siti menerima epul kembali menjadi kekasih hatinya . dan kini , mereka bahagia sebagai sepasang kekasih .


jika kita menyayangi seseorang , tidak salah klau kita berkorban . InsyaAllah , pengorbanan yang kita lakukan selama akan d balas semula oleh Allah SWT .

kawan , klau kita telah menerima cinta seseorg itu , pertahankanlah cinta kamu itu . janganlah sekali-kali kamu menipu atau curang terhadap pasanganmu itu . ingatlah bahawa Tuhan Maha Mengetahui .

LOVE ; SYEERA ABDUL KHALID

No comments: